I could still remember hearing your voice thru the telephone greeting me Selamat Hari Raya a few years back, before you fall sick... Could still remember you calling me superstar... Could still remember that Malam Gema Budaya...

Photo from budiey.com
Seniman Ahmad Mahmud selamat disemadikan...
PETALING JAYA: “Arwah tidak pesan apa-apa. Kalau bercakap, dia hanya beri petanda angguk atau geleng saja. Tapi dua tiga hari lalu, dia tidak beri respon lagi,” kata Datin Khatijah Mohamed, isteri kepada seniman Datuk Ahmad Mahmud yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.
Ahmad Mahmud yang popular dengan lakonan sebagai Dr Ismadi dalam filem Ibu Mertuaku menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Tunku, di sini kira-kira jam 10 malam kelmarin.
Allahyarham yang menghidap sakit buah pinggang pernah menjalani rawatan haemodialisis tiga kali seminggu selama tujuh tahun. Pada 22 Julai lalu, Allahyarham dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur dan dibenarkan keluar pada 18 Ogos lalu.
Kata Khatijah, sewaktu dalam keadaan tidak sedar mereka sekeluarga ada di sisinya dan membaca Yasin beramai-ramai.
“Sepanjang hidup bersama, arwah seorang suami yang penyayang dan kami selalu pergi ke mana-mana majlis berdua. Sewaktu hayatnya, arwah seorang pelakon yang dikenali ramai dan saya tidak cemburu dengan popularitinya.
“Arwah seorang yang suka berlawak dan membuat orang ketawa. Dia paling tidak suka orang sombong seperti sesetengah artis muda sekarang,” katanya yang mendirikan rumahtangga dengan Ahmad Mahmud pada 17 Julai 1950.
Allahyarham yang dilahirkan pada 3 Januari 1923 di Rembau, Negeri Sembilan meninggalkan seorang balu, tiga anak iaitu Rogayah, 56; Siti Fatimah, 54, dan Mohd Ariffin, 52, serta sembilan cucu dan seorang cicit.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Tunku sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Zuhur semalam.

No comments:
Post a Comment