Thursday, 10 September 2009

Sweeping Malaysian?

Apa sudah jadi? Sedang ramai dikalangan bangsa mereka di negara ini, meneguk kekayaan untuk dibawa pulang, kenapa perlu berlaku sedemikian kepada rakyat negara ini yang berkunjung ke negara mereka? Betapa ceteknya pemikiran.

Kenapa setiap kali ada issue yang berkaitan dengan adat budaya, mereka akan melenting sedemikian rupa? Bukankah sepatutnya mereka rasa berbangga kita mengenali adat mereka, dan mempraktikkannya juga? Mengapa perlu bersikap ganas? Jika memang orang asia itu melambangkan kelembutan dan kesopanan, maka adakah reaksi mereka itu adalah sepatutnya? Begitu sayangkah mereka pada kebudayaan mereka sehingga sanggup menjejaskan keharmonian perhubungan 2 negara? Mungkin hanya segelintir cuma, tetapi aku tetap terasa.

Aku ingin mengamalkan keterbukaan fikiran, tanpa prejudis... tetapi setelah diasak dengan satu demi satu konfrontasi mereka dengan apa yang berlaku di negara kita kononnya, aku menjadi skeptikal tentang niat mereka.

Mengapa ketika seorang demi seorang orang kita dibunuh ketika kejadian rompak dan samun, satu demi satu rumah dikosongkan isinya secara paksa, oleh warga mereka, tidak pun kita menjalankan kegiatan menghapus mereka di jalan-jalan? Mungkinkah kerana kita tahu bahawa hanya sebilangan sahaja yang begitu? Mungkinkah sebab kita sedar, bukan hanya mereka, malahan orang kita juga ada yang punya pekerjaan serupa? Entahlah...
Walau selalu juga aku melabelkan sesetengah orang sebagai typical Malay / Malaysian, namun aku bangga kerana ternyata kita masih ada kelembutan, masih mampu bertahan dengan kerenah kebudak-budakan ini. Benarkah? Bagaimana pula dengan isu memijak kepala lembu ya? Entahlah...


Semoga Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman, sejahtera untuk diduduki oleh anak cucu kita nanti... Amin...

Tuesday, 8 September 2009

Pesan...

Yang,

Adalah diharapkan sekiranya sayang boleh bawak barang2 ni balik kampung masa cuti raya nanti:

1. Dress itam yang kita pakai masa reunion and baju kurung putih utk nikah Sheridan tu.
2. Kita tengah pikir ni, nanti kita list outkan lagi ye...

Tolong jugak belikan kita:

1. Serunding ayam sekilo
2. Serunding daging sekilo + setengah kilo (asing2 ye)
3. Tudung bawal 2 helai wana kuning cair and wana putih (dalam RM25 satu nye gred, tanak yang lembut sangat, wat penat je nak pasang... jangan la beli keras ketung plak... yang sedang2 je ek...)
4. Rendang Tok kalau tak boh dalam peti sejuk dia basi tak?
5. UV Protect cream, beli kat kedai kat Tesco Puchong tu.
6. Baju irdina from FOS kalau sayang sempat... ni sayang yang cakap nak beli, maz remind je.

And yang paling penting:

JANGAN LUPA BAYAR ZAKAT FITRAH YER!!!

Monday, 7 September 2009

Fening dan lain-lain...

Pening kepala la pulak pagi ni. Manataknya... makan macam tak hengat... sahur td, makan Big Apple nye donut sampai 3... salah satunya yang mocha tu... nahhh padan muka... sekarang kefeningan yang melampau, rasa nak muntah pon ada. Dahla puasa, so, taklehla nak jolok anak tekak, so that rasa mual ni lega sket... alahai Maz, janganla buat mender camni lagi. Menyusahkan diri je :p Almaklum berat dah turun balik, nak menambahkan lagi ke? Ohhh tidak, baju raya yang ditempah adalah lebih kecik dari biasa... so kalau nak cantik dan tidak nampak seperti bungkusan nangka, baikla beringat dan berpada.

Malam tadi buat majlis berbuka kat rumah. Sesuaikah guna perkataan majlis? Bolehla kot... Walaupun tetamunya cuma 5 orang, tapi meriahla jugak. Irdina la yang paling happy sebab ramai orang layan... Setiap orang yang balik tu ditangisi... ehehehe... tambahan pula, dapat RM20 duit raya, apalagi :D

Bangun tidur pukul 10 pagi terusla mama Irdina sibuk di dapur, manataknya Irdina meragam, sebab kurang layanan dari mama... tak boleh buat selalu ni... malam dia jadi takmo tidur sebab nak main dan bergurau dengan mama... kena marahla pulak sebab mama dah mengantuk tapi Irdina asyik nak ke komputer sambil menjerit, "abah, abah"... padahal abahnya takde kat sebelah sana, cuma skype je masih on... takpe sayang ye, nanti raya, 10 hari bersama babah inshaAllah.

Oh ye, berbalik kepada kes memasak... menu berbuka semalam adalah:

1. Ayam masak lomak cili api - licin... waaa bangganya, kali pertama buat and Malino kata SODAP!!! Cili besar 5 biji, cili api 10 biji tetapi masih juga tidak pedas... mengapakah? Cili sekarang banyak yang dah mutant kot...
2. Telur sambal goreng
3. Kerabu mangga
4. Sayur midin masak belacan - inipon LICIN...
5. Agar2 - yang ni beli je, itupon tak abis... yang berlapis santan tu cam basi je rasanya... kuih semalamkah? ermmm...

Segalanya bermula dengan kedatangan isteri Sheridan, Linda ke Miri buat kali pertama, tambahan pula keinginan Misri nak makan masakan rumah... alahaiii...

Misri tanya Syeka and I yang tengah berborak kosong... (more or less la, tak ingat scr exact)

Misri: ehhh u all masak tak kat rumah?
Syeka and I menjawab serentak, "Masak"
Misri: Kalau masak, sekali sekala tu hantarla kat rumah.
I: Alahhh kesiannya. Tak masak ke?
Misri: Selalu beli je. Aritu beli kat Bazar Ramadan petangnya, masa berbuka dah basi... Dahla dah tumpahkan kuah ke nasi, sikit je lah yang boleh makan"
Alahai sedihnya rasa... bersyukur sangat walaupun lakiku jauh, tapi pandai je dia carik makanan... lagipun kat KL senang nak makan... dan, ada gak orang yang sanggup mengaut keuntungan macam ni kan? ada yang menjual lauk kelmarin, ada yang masak sambil lewa sehingga mengabaikan aspek kebersihan... ermmm...

Maka, dengan semangat dan azam yang berkobar2, maka berlangsungla aktiviti memasak dan makan2 yang pertama (selain dgn Shairel la tapi) setelah aku bergelar isteri dan ibu. Seronok tengok Sheridan + Linda, Malino, Misri + Housematenya makan sambil berborak2 dan melayan Irdina...

Penat... tapi seronok... kalau Sepu ada lagi seronok... and lagi kurang penat kot, sbb ada yang layan Irdina main, so dia takla dengan sengaja menumpahkan air minum sampai mamanya kena mengemop lantai 3 kali dicelah2 aktiviti memasak...

Friday, 4 September 2009

Rindu...

I am missing Kuching very much... lebih2 lagi masa Ramadan ni... alahai... Raya lama lagi, but still, rasa nak balik sangat2 :( Lagipun nak tengok rumah mama yang dah siap renovate...

Ramai org bercerita tentang persiapan raya sekarang ni. For me, rasanya segalanya dah diuruskan awal2 lagi. Malas nak berebut2 dengan orang ramai kat shopping complex masa ni. Baju kurung baju melayu semuanya dah diuruskan masa balik Kuching bulan 5 aritu. Baju irdina pulak dibeli masa kat KL aritu. Kasut Irdina pun dah beli, itupun dah dipakai gak, kesnya - masa jalan kat Pavilion dia asyik bukak selipar, so last2 mama singgah Mothercare belikan kasut :p baru sekali pakai, so rasanya takyahla nak membeli kasut raya pulak... 2-3 bulan karang sure tak muat lagi dah. Kasut mama? Tengokla nanti, kalau berselera nak beli baru, rasanya, belikan yang praktikal utk gi keja je kot... Kasut babah? Every year babah beli kasut, tak sure pulak tahun ni macamana...

Kek raya? 5 Kek Roll anekacorak and half layered cake. separuh lagi Kak Nor punya. Pastu nak beli jajan je kat Kuching. Sekarang ni org tak pandang biskut kuih sangat... org prefer kacang campur ikan bilis, jeruk2 buah dan macam2 titbits lagi.

Wuaaaa nak balik Kuching :((