Nina,
Ingat tak malam tadi mama kupas 3 biji buah mempelam untuk kita dua beranak makan? Sementara Irdina habiskan bahagian Irdina, mama pula masuk ke dalam bilik bermain komputer.
Tiba-tiba Irdina menyapa mama, "mama, mama pun"... mama tak perasan apa yang nina nak masa tu, lalu mama pun jawab, "kenapa?"... nina ulang semula, "nah, mama pun"... Irdina tunjukkan pada mama sehiris buah mempelam... Mama pun cakap, "makanlah"... Irdina masih juga kata, "mama pun"...
Tetiba, hirisan mempelam tu jatuh, "o-oh, gogok dahnya"...
Mama jawab, "aok gogok, mama buang k" lantas mama buang mempelam yang jatuh ke dalam tong sampah. Mama perasan ditangan kanan Irdina ada sehiris lagi buah mempelam, yang sedang Irdina makan...jadi, mama suruh Irdina cepat habiskan.
Kejadian tu terus mama lupakan sampailah pagi tadi sejurus selepas bangun tidur, mama tersingkap semula... dan barulah mama sedari yang sebenarnya Irdina nak berkongsi 2 hirisan mempelam yang terakhir dengan mama. Satu utk Nina, satu pulak untuk mama... tapi mama langsung tak perasan... kesiannya anak mama...
Pagi ini, masa Irdina bangun, mama peluk Irdina... dan Mama ucapkan terima kasih pada Irdina kerana ingat pada mama... terima kasih sayang... semoga Irdina membesar menjadi anak yang baik dan bertimbang rasa.
Thursday, 10 December 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment