Wednesday, 28 October 2009

Kisah Kuching dan Lain2

Seronoknya balik kampung hujung minggu yang lalu... yang paling seronok adalah irdina kerana ramai sungguhla orang yang melayan kerenahnya... but, semakin besar anak mama, semakin kurang la pulak dia cranky. Sekarang ni kalau nak tidur, dia baring je kat memana (janji selesa dan ada bantal or tilam), mintak susu, dan lenalah dia di la la land...

Kisah irdina ni, kalau nak diceritakan memang panjang. Macam2 gelagat yang mencuit perasaan. Dengan mulutnya yang tak reti diam, asyik bercakap saja, ditambahkan lagi dengan kakinya yang juga tak reti diam, asyik nak berjalan, memanjat (sampai jatuh)... seronok! Setiap malam kat Miri dia akan minta dipasangkan lagu, dan apalagi, mulalah dia berkaraoke dengan Tempo the Tiger... Tempo the Ti I I I ger memang lagu favorite dia sekarang ni, selain daripada Twinkle Twinkle Little Star... kalau kita dah nyanyikan sekali, sure dia demand "agik"... Kalau dengar music rancak, especially dance music, mulalah badan dan kepala bergoyang ikut irama...

Balik kepada cerita di Kuching... kami sampai hari Khamis, malam... balik rumah, terus tidur sebab kepenatan. Esok paginya, mama irdina dah janji dengan tukang urut, nak berurut seluruh badan... fuiyo, 4 jam... sungguh sedap rasa badan... Irdina pun sampai tertidur kat sebelah mama sebab penat sangat menunggu, main sorang2... kesian anak mama... tapi sporting sungguhla irdina, thank you. Lepas berurut, hajat hati nak tidur, tapi apakan dayaku, susah sungguh nak tidur siang, jadi mama baring-baring je sebelah irdina sambil 'membaca' catalogue :p

Malamnya, babah irdina balik, sampai Kuching dalam 12.00am (dah kira the next day sebenarnya)... irdina tak ikut amik kat airport sebab dia dah tidur pukul 11.00mlm... Kat Kuching, waktu tidur irdina memang dah tak keruan, sebab dia asyik nak main je, lagipun ramai la pulak orang2 yang sanggup melayannya bermain.

Hari Sabtu, takde apa yang menarik sangat pun, cuma kami semua mula berpakat apa yang nak dibeli utk Bucu yang akan konvo keesokan harinya. Hajat hati kami nak buat semuanya as surprise, but akhirnya terpaksa jugakla pecah satu rahsia - baju kurung utk konvo... takleh nak memilih kat butik tu, banyak sangat choice sampai rambang mata, lagipun takut tak kena dengan taste orang yang nak memakainya. Bucu pilih baju kurung warna purple yang sangat cantik and buatkan dia nampak sangat slim.

Hari Ahad, bermula seawal mungkin. Bucu ke Four Points Hotel dulu, sementara Atuk, Nenek and Ami Aedun pergi ke rumah kawan Babah, yang baru meninggal petang semalamnya. Innalillah... Mereka pergi sekejap je, lepas tu, Aedun hantar mama and babah ke hotel pulak, sementara Sepu, Irdina and I memulakan ekspedisi mencari bunga... kami beli 3 jambak bunga, 1 daisy, 1 chrysanthemum, 1 red roses...

Tak sempat pun menghadiri upacara sebab terpaksa amik Dek Ina and Edos di Semariang, grrr geram gak kenapa dorang tak plan awal2. Tapi kami sampai sejurus selepas upacara selesai, semasa mereka sedang seronok mengambil gambar beramai2... Bucu was really surprised and rasa nak nangis to receive the 3 bouquets of flowers... ditambah dengan 1 teddy bear + 1 kuma-kuma... Ada kawan-kawannya langsung tak mendapat apa-apa... rasa sedih la pulak tengok mereka ni... Sempat juga kami mengambil gambar keluarga, apart from gambar solo dedek dengan diplomanya... Will paste them here soon.

Babah Irdina balik ke KL malam tu... irdina macam dah tahu apa maknanya babah masuk ke dalam balai berlepas tu... dia menangis dengan kuat, taknak lepaskan babahnya... dan seperti biasa, nangis tu cuma gimik kot, supaya babahnya tak pergi... but, bila babahnya pergi jugak walaupun dia menangis, dia pun terusla melambai sambil menjerit sekuat hati, "babai babah, babai babah"... manatak orang yang melihatnya geram...

Hari Isnin, mama mulakan pagi dengan menghantar Bucu ke Training Centre... sure heran orang tengok hantar adik kerja pun siap peluk2 bagai... pedulikan apa orang kata! Lepas tu mama ke kubur Arruh Eddie... Balik ke rumah, bermulalah aktiviti mengemas barang, nak balik Miri :( Irdina macam tau je nak balik... Atuk pulak mula menjauhkan diri, takut rindu. Macam tu lah selalunya, dia takkan layan Irdina setiap last day kat Kuching... dia kata, "takut Irdina tercari2", padahal i know that dia takut dia yang tercari2.

Masa kat airport tu, Irdina bukan main suka lagi bermain dengan beg Princess nya, ditariknya ke hulu ke hilir... macam takkan tahan lama je rodanya kalau tiap hari dibuat macam tu. Masa masuk tu dia tetap dengan cerianya, melambai2 pada semua yang di luar... padahal sebelum tu, masam je muka taknak bersalam... kesiannya anak mama...

Dalam kapal terbang seperti selalu, anak mama takkan dok diam... dia akan turun naik seat, memanjat, menjerit dan sebagainya. Kali ni mama biarkan Irdina turun naik tangga dari terminal ke kapal terbang sendiri biar dia penat, tapi masih jugak dia tak tidur dalam flight... ermmm... macam mama je, liat sungguhla nak tidur, biarlah penat macamana sekalipun, mama kena ada tempat selesa baru boleh pejamkan mata.

Irdina cuma tertidur masa dalam kereta Uncle Bujang nak balik ke Lutong. Penat sangatla tu... tidurnya sampai ke pagi...

Bermulalah minggu2 sunyi hingga babah balik Miri in 3 weeks time... kesian irdina, kesian mama!

No comments: