Pening kepala la pulak pagi ni. Manataknya... makan macam tak hengat... sahur td, makan Big Apple nye donut sampai 3... salah satunya yang mocha tu... nahhh padan muka... sekarang kefeningan yang melampau, rasa nak muntah pon ada. Dahla puasa, so, taklehla nak jolok anak tekak, so that rasa mual ni lega sket... alahai Maz, janganla buat mender camni lagi. Menyusahkan diri je :p Almaklum berat dah turun balik, nak menambahkan lagi ke? Ohhh tidak, baju raya yang ditempah adalah lebih kecik dari biasa... so kalau nak cantik dan tidak nampak seperti bungkusan nangka, baikla beringat dan berpada.
Malam tadi buat majlis berbuka kat rumah. Sesuaikah guna perkataan majlis? Bolehla kot... Walaupun tetamunya cuma 5 orang, tapi meriahla jugak. Irdina la yang paling happy sebab ramai orang layan... Setiap orang yang balik tu ditangisi... ehehehe... tambahan pula, dapat RM20 duit raya, apalagi :D
Bangun tidur pukul 10 pagi terusla mama Irdina sibuk di dapur, manataknya Irdina meragam, sebab kurang layanan dari mama... tak boleh buat selalu ni... malam dia jadi takmo tidur sebab nak main dan bergurau dengan mama... kena marahla pulak sebab mama dah mengantuk tapi Irdina asyik nak ke komputer sambil menjerit, "abah, abah"... padahal abahnya takde kat sebelah sana, cuma skype je masih on... takpe sayang ye, nanti raya, 10 hari bersama babah inshaAllah.
Oh ye, berbalik kepada kes memasak... menu berbuka semalam adalah:
1. Ayam masak lomak cili api - licin... waaa bangganya, kali pertama buat and Malino kata SODAP!!! Cili besar 5 biji, cili api 10 biji tetapi masih juga tidak pedas... mengapakah? Cili sekarang banyak yang dah mutant kot...
2. Telur sambal goreng
3. Kerabu mangga
4. Sayur midin masak belacan - inipon LICIN...
5. Agar2 - yang ni beli je, itupon tak abis... yang berlapis santan tu cam basi je rasanya... kuih semalamkah? ermmm...
Segalanya bermula dengan kedatangan isteri Sheridan, Linda ke Miri buat kali pertama, tambahan pula keinginan Misri nak makan masakan rumah... alahaiii...
Misri tanya Syeka and I yang tengah berborak kosong... (more or less la, tak ingat scr exact)
Misri: ehhh u all masak tak kat rumah?
Syeka and I menjawab serentak, "Masak"
Misri: Kalau masak, sekali sekala tu hantarla kat rumah.
I: Alahhh kesiannya. Tak masak ke?
Misri: Selalu beli je. Aritu beli kat Bazar Ramadan petangnya, masa berbuka dah basi... Dahla dah tumpahkan kuah ke nasi, sikit je lah yang boleh makan"
Alahai sedihnya rasa... bersyukur sangat walaupun lakiku jauh, tapi pandai je dia carik makanan... lagipun kat KL senang nak makan... dan, ada gak orang yang sanggup mengaut keuntungan macam ni kan? ada yang menjual lauk kelmarin, ada yang masak sambil lewa sehingga mengabaikan aspek kebersihan... ermmm...
Maka, dengan semangat dan azam yang berkobar2, maka berlangsungla aktiviti memasak dan makan2 yang pertama (selain dgn Shairel la tapi) setelah aku bergelar isteri dan ibu. Seronok tengok Sheridan + Linda, Malino, Misri + Housematenya makan sambil berborak2 dan melayan Irdina...
Penat... tapi seronok... kalau Sepu ada lagi seronok... and lagi kurang penat kot, sbb ada yang layan Irdina main, so dia takla dengan sengaja menumpahkan air minum sampai mamanya kena mengemop lantai 3 kali dicelah2 aktiviti memasak...
Monday, 7 September 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment