Kenapa setiap kali ada issue yang berkaitan dengan adat budaya, mereka akan melenting sedemikian rupa? Bukankah sepatutnya mereka rasa berbangga kita mengenali adat mereka, dan mempraktikkannya juga? Mengapa perlu bersikap ganas? Jika memang orang asia itu melambangkan kelembutan dan kesopanan, maka adakah reaksi mereka itu adalah sepatutnya? Begitu sayangkah mereka pada kebudayaan mereka sehingga sanggup menjejaskan keharmonian perhubungan 2 negara? Mungkin hanya segelintir cuma, tetapi aku tetap terasa.
Aku ingin mengamalkan keterbukaan fikiran, tanpa prejudis... tetapi setelah diasak dengan satu demi satu konfrontasi mereka dengan apa yang berlaku di negara kita kononnya, aku menjadi skeptikal tentang niat mereka.
Mengapa ketika seorang demi seorang orang kita dibunuh ketika kejadian rompak dan samun, satu demi satu rumah dikosongkan isinya secara paksa, oleh warga mereka, tidak pun kita menjalankan kegiatan menghapus mereka di jalan-jalan? Mungkinkah kerana kita tahu bahawa hanya sebilangan sahaja yang begitu? Mungkinkah sebab kita sedar, bukan hanya mereka, malahan orang kita juga ada yang punya pekerjaan serupa? Entahlah...
Walau selalu juga aku melabelkan sesetengah orang sebagai typical Malay / Malaysian, namun aku bangga kerana ternyata kita masih ada kelembutan, masih mampu bertahan dengan kerenah kebudak-budakan ini. Benarkah? Bagaimana pula dengan isu memijak kepala lembu ya? Entahlah...
Semoga Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman, sejahtera untuk diduduki oleh anak cucu kita nanti... Amin...
